IMAN Publication
Perempuan-Perempuan Berbudi Dalam Al-Quran - Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: PEREMPUAN-PEREMPUAN BERBUDI DALAM AL-QURAN
ISBN: 9789672459538
Penerbit: Iman Publication
Penulis: Syaari Ab Rahman & Nurul Suhadah Shuib
Tahun Terbitan: 2022
Bil. Muka Surat: 294
Berat (kg): 0.4
Dimensi (cm): 21 cm x 14.8cm x 1.7cm
Harga: RM35.00
Sinopsis/Deskripsi :
Kita ingin jadi yang lebih baik dan kita ingin berbudi kepada orang-orang di sekeliling kita. Tetapi, siapakah inspirasi al-Quran untuk kita teladani?
Hakikatnya, Al-Quran telah membawa kisah Ibu Maryam yang bercita-cita tinggi saat menguruskan ruma tangganya.
Kisah Khawlah dan Ummu Kulthum binti Uqbah yang berusaha keras dan berani bertanya ketika menuntut ilmu.
Kisah dua perempuan Madyan yang menjaga kemuliaan diri saat keluar bekerja.
Kisah Permaisuri Saba' yang berfikir panjang dan kritikal membuat keputusan dalam memimpin negara.
Melalui buku ini, Ustaz Syaari dan Nurul Shuhadah Shuib membawakan kisah-kisah perempuan dalam Al-Quran yang berbudi di pelbagai relung kehidupannya. Ia memberi inspirasi dan ibrah kepada perempuan zaman kini agar hidup lebih bermakna.
Buku ini terdiri daripada 6 bahagian yang disusun berdasarkan ‘posisi-posisi’ seorang perempuan yang disebutkan tadi. Setiap satu daripada bahagian ini menumpukan watak-watak khusus daripada Al-Quran sebagai tokoh tumpuan untuk dipelajari. Wanita Berkeluarga (Kisah Ibu Maryam), Wanita Berpendidikan (Kisah Khawlah dan Ummu Kulthum), Wanita Berkerjaya (Kisah Dua Wanita Madyan), Wanita Berpersatuan (Kakak Nabi Musa AS), Wanita Bersosial dan Berpengaruh (Kisah Isteri Al-Aziz dan Wanita-wanita Mesir), serta Wanita Berkuasa (Kisah Permaisuri Saba’).
Nota Editor:
Perempuan-perempuan Berbusi bukanlah buku tentang feminisme yang melawan-lawan. Hadirnya Peremouan- Perempuan Berbudi memberi tahu kepada pembacanya bahawa kisah-kisah ini adalah tentang anda, mereka juga ‘keluar dari rumah’ dan berperanan di luar, anda bukan orang pertama yang berpendidikan, berkerjaya, berpengaruh dan berkepimpinan. Tokoh yang terkandung dalam kisah-kisah ini menjadi inspirasi dan teladan nyata bagi para perempuan moden untuk memandu peranan dan aktiviti seharian mereka.
Quotes Menarik;
“Lelaki itu gagah dan kuat pada tempatnya manakala wanita itu gagah dan kuat pada tempatnya.” - Syeikh Solah
Yang menjadi perhatian Allah SWT bukan jantina, tetapi sifat takwa.
Allah SWT memandang takwa, bukan jantina.
Seharusnya, tidak ada isu pun untuk wanita mahu menjadi suri rumah atau wanita berkerjaya.