• tempImageOpFRvZ
1

Muhammad Sanusi Md Nor: Dari Sg. Pau ke Seri Mentaloon oleh Abu Hassan Morad

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00

Hidup dalam kemiskinan sejak kecil telah menyemai semangat perjuangan dan kegigihan dalam diri Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah ke-14. Beliau mewarisi semangat itu daripada bapanya, Haji Md Nor bin Taib dan datuknya Taib yang berasal dari tanah besar China.

Taib atau nama asalnya Leong Kui berhijrah dari Kwantung dalam wilayah Taisan, China, untuk keluar daripada kesempitan hidup pada zaman pemerintahan Manchu dengan harapan untuk membina kehidupan baharu di Nanyang. Penghijrahannya melalui sistem tiket kredit telah membawanya ke Singapura dan seterusnya ke Tanah Melayu. Di Kampung Sg. Pau, Sik, Kedah, dia mengakhiri hijrahnya dan memeluk Islam. Dari zuriatnya lahirlah Muhammad Sanusi.

Buku yang sarat inspirasi ini memaparkan anekdot kehidupan kanak-kanak dan remaja Muhammad Sanusi. Penglibatan aktif dalam sukan sejak di bangku sekolah dan pengalaman menggerakkan pelbagai persatuan dan organisasi semasa di unversiti menyerlahkan sifat kepimpinan dalam dirinya. Hinggalah Muhammad Sanusi menerima amanah besar untuk melangkah masuk ke Seri Mentaloon.