Sosialisasi Zakat Dalam Masyarakat Moden oleh Dr Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman
- Regular price
- RM 37.00
- Sale price
- RM 37.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Penulis: Dr Wan Mohd Al Faizee Wan Ab Rahaman
Penerbit: Kawandanet
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789670079240
Bil. Muka surat: 270m/s
Format: Paperback
Harga: RM37.00
Berat: 0.4kg
Sinopsis:
Buku ini diterbitkan bagi mengangkat peranan zakat yang lebih inklusif dalam kerangka masyarakat yang terbentuk dalam suasana yang dinamik, berubah-ubah dan pelbagai.
Zakat merupakan salah satu instrumen kewangan sosial terpenting dalam menstrukturkan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Buku ini membawa pembaca menyelami konsep zakat dari asas pensyariatannya sehinggalah kepada cabaran semasa dalam era digital. Menggabungkan dimensi sejarah, perundangan, agihan, pendidikan dan sosial, buku ini mengajak pembaca memahami zakat sebagai ibadah yang bersifat individu dan juga instrumen kebajikan masyarakat.
Setiap bab disusun dengan rapi, bermula dengan pengenalan terhadap konsep zakat dan kaitannya dengan maqasid syariah, diikuti prinsip-prinsip perundangan, kategori penerima serta mekanisme agihan. Turut dibincangkan ialah peranan zakat dalam membina perpaduan ummah, fatwa-fatwa kontemporari, serta masa depan zakat yang lebih inklusif dan menyeluruh. Bahagian akhir telah menyediakan panduan praktikal untuk pembayar zakat serta kisah-kisah inspirasi daripada asnaf yang bangkit hingga berjaya menjadi penyumbang.
Buku ini amat sesuai untuk pelajar, pendidik, pentadbir zakat, dan semua yang ingin memahami bagaimana zakat boleh berperanan secara lebih signifikan dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini.
Buku ini untuk anda!