• 49.png
1

IMAN Publication

MENDAKAP KESEDIHAN DENGAN AL-QURAN - IMRAN ZAKI

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00

Tajuk: MENDAKAP KESEDIHAN DENGAN AL-QURAN

ISBN: 9789672459286

Penerbit: Iman Publication

Penulis: Imran Zaki

Tahun Terbitan: 2021

Bil. Muka Surat: 222

Berat (kg): 0.32

Dimensi (cm): 21.0cm x 15.0cm x 1.2cm

Harga:


Sinopsis/Deskripsi :

Kita sering ungkapkan kata-kata ini kepada diri yang sedang bersedih. La tahzan, kata kita. Seakan-akan tangisan itu sesuatu yang negatif dan salah.
Benarkah kita dilarang untuk berasa sedih?

Andai kita rasa terbuang; Yusuf AS juga begitu.

Andai kita pernah melalui konflik berkeluarga; Yaakub AS juga begitu.

Andai kita pernah dikhianati teman; Lut AS juga begitu.

Kita menangis; Yaakub AS juga menangis, sehingga buta matanya.

Kita rasa hidup tidak lagi bermakna; Maryam AS juga pernah rasa begitu, sehingga terlahir kata-kata penyesalan dari bibirnya.

Sebenarnya, apakah respons al-Quran terhadap kesedihan yang kita bahkan para nabi rasai?

Imran Zaki menerusi buku ini membawakan perspektif al-Quran yang mendakap diri kita saat dirundung kesedihan. Al-Quran menganjurkan tata cara mengurusnya, serta membimbing tangan kita untuk move on dan melangkah ke hadapan.

Profil Penulis

IMRAN ZAKI merupakan Naib Juara program Da'i Pendakwah Nusantara Musim Ke-6. Berkelulusan Darul Quran JAKIM, beliau aktif mendalami dan menyampaikan ilmu-ilmu berkait al-Quran. Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran ialah debut pertama beliau dalam dunia penulisan buku.