icon-search
  • 119
  • FRONT - Kesejahteraan Rakyat (Final)-01
  • BACK - Kesejahteraan Rakyat (Final)-01
NEW

Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicecah: Siri Wacana ILMAN: Kesejahteraan Rakyat

RM 35.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Tajuk: Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicecah
ISBN:  9789670079059
Penerbit: Kawandanet
Penulis: Pertubuhan Ilmuwan Islam dan Cendekiawan Muslim Malaysia
Tahun Terbitan: 2023
Bil. Muka Surat: 143
Berat (kg): 
Dimensi (cm):
Harga:RM35.00


Sinopsis/Diskripsi :
Kalam Tuhan yang mulia merakamkan dialog Tuhan dengan para malaikat ketika penciptaan bapa kita, Adam. Ketika itu, para malaikat menimbulkan kegusaran, apakah hikmah penciptaan makhluk yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah? Tuhan membalas bahawa Dia Maha Tahu perkara yang para malaikat tidak tahu. Lalu Tuhan mengutuskan dalam kalangan manusia itu seorang rasul yang mulia sebagai “rahmat kepada sekalian alam". Setelah 14 kurun kewafatan baginda, adakah umat manusia turut serta menjadi rahmat kepada sekalian alam? Ataukah manusia sekadar pembawa mudarat dan musibah?


Dalam naluri manusia, Islam datang menghulurkan tangan, mengajak manusia atas satu prinsip dan naluri yang sama mendambakan kesejahteraan. Islam datang dengan menawarkan kehidupan yang terpelihara dan bebas mencari serta mengumpulkan pendapatan dengan batasan undang-undang yang jelas. Berbekalkan ruh Islam sebagai panduan, umat manusia saling menuju ke arah kesejahteraan di samping menangkis segala peperangan ideologi yang tiada penghujung.


Your cart is currently empty.
Continue shopping