• WhatsApp Image 2025-05-06 at 11.43.04
  • WhatsApp Image 2025-05-06 at 11.43.04 (1)
1

Diam Diam Suka Kamu by Aidil Ghazali

Regular price
RM 32.00
Sale price
RM 32.00
Regular price
RM 0.00

enulis: Aidil Ghazali

Penerbit: IMAN Publication

Imprint: Rumaa Books

Tahun Terbitan: 2025

Bahasa: Bahasa Melayu

ISBN: 9786299536222

Bil. Muka surat: 360 m/s

Format: Paperback

Harga: RM32.00

Berat: 0.3kg


Sinopsis


“Hai Izul! Lama tak nampak?”


Izul menampar pipinya.“Abu–Abuyen? Kau boleh cakap bahasa aku?”


“Aku kan kucing Malaysia? Mestilah cakap bahasa Melayu.”

*

Sekian lama terpisah, Izul akhirnya bertemu semula dengan Anis; seorang pemilik kedai haiwan peliharaan, yang juga rakan baiknya semasa sekolah. Diam-diam Izul suka kepada Anis. Namun dia tak berani. Macam mana kalau dia tak suka aku?


Suatu hari, Izul ditimpa kemalangan! Dia sangka tiada yang serius, tapi ada kejadian pelik berlaku. Tiba-tiba dia boleh faham bahasa Abuyen, kucing kesayangan Anis! Si Abuyen pula suka cari gaduh kerana tak tahan dengan Izul yang pengecut.


'Kau nak ajar aku, Abuyen?'


“Kau penakut nak mengurat orang. Sebab tu dah tua bangka pun single.”


Ketika Izul masih keliru dengan kejadian itu, mereka menerima satu ugutan misteri yang mahu Anis menutup kedai. Tambah merisaukan, Badrol yang bermulut manis muncul sebagai hero Anis.


Dalam saat getir ini, mampukah Izul dengan bantuan Abuyen menyelesaikan misteri tersebut,sekali gus memenangi hati Anis sebelum Badrol? Bagaimana pula kisah Izul dan Anis,bergunakah nasihat-nasihat cinta Abuyen untuk mereka?