• iman-publication-book-sekufu-bina-keserasian-bentuk-persefahaman-dalam-rumah-tangga-by-aiman-azlan-dr-harlina-halizah-siraj-100669-33774433173657
  • iman-publication-book-sekufu-bina-keserasian-bentuk-persefahaman-dalam-rumah-tangga-by-aiman-azlan-dr-harlina-halizah-siraj-100669-35394642247833
1

Sekufu: Bina Keserasian & Bentuk Persefahaman Dalam Rumah Tangga - Aiman Azlan & Dr Harlina Halizah Siraj

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 30.00

Tajuk: Sekufu: Bina Keserasian & Bentuk Persefahaman Dalam Rumah Tangga
ISBN: 9789672459347
Penerbit: Iman Publication
Penulis: Aiman Azlan & Dr Harlina Halizah Siraj
Tahun Terbitan: 2022
Bil. Muka Surat: 226
Berat (kg): 0.24
Dimensi (cm):
Harga: RM30.00



Sinopsis/Deskripsi :

Ramai orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna - setia sehingga hujung nyawa.

Apabila sudah berkahwin, barulah tersedar bahawa perjalanan mencapai bahagia itu tidaklah seindah dan semudah yang dibayangkan. Hatta untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya pun sukar, sampai kita mula mempersoalkan keserasian hidup sebagai pasangan suami isteri.

Apakah sebenarnya yang terjadi?

Adakah kami tidak sekufu lagi?

Kita sangka memilih pasangan yang sekufu ialah kunci utama untuk bahagia dalam perkahwinan. Hakikatnya, sekufu dengan pasangan bukanlah bermaksud tiada langsung perbezaan. Apa yang perlu ditekankan ialah kebersamaan.

Bersama-sama memberikan komitmen untuk saling memahami.

Bersama-sama membina keserasian untuk menjayakan hubungan rumah tangga.

Melalui buku ini, Aiman Azlan & Dr Harlina menghuraikan punca permasalahan yang sering terjadi dalam rumah tangga berserta solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh pasangan suami isteri dalam usaha membina keserasian dalam perhubungan.