IMAN Publication
PENAT: Bagaimana Mengurus Emosi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuhi Alam Dewasa - Dr Alizi Alias
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 30.00
Share
Tajuk: PENAT : BAGAIMANA MENGURUS EMOSI, TENAGA & TEKANAN DALAM MENEMPUHI ALAM DEWASA
ISBN: 9789672459545
Penerbit: Iman Publication
Penulis: Dr Alizi Alias
Tahun Terbitan: 2022
Bil. Muka Surat: 202
Berat (kg): 0.25
Dimensi (cm):
Harga: RM30.00
Sinopsis/Deskripsi :
Berbeza dengan generasi 30 atau 40 tahun lepas, anak muda hari ini sering ‘disogokkan’ dengan kepentingan mempunyai growth mindset, passion dan ketekunan yang tinggi dalam melakukan satu-satu kerja. Mencintai kerja yang dilakukan adalah satu kebanggaan. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan pula adalah satu bentuk jenama peribadi (personal branding).
Walaubagaimanapun, atas beberapa sebab; mungkin kerana keletihan atau hilang motivasi atau mula terasa kerja hanya ibarat rutin atau bermacam faktor lain, menjadikan kita terhenti seketika. Bukan culas, atau mengular atau tidak lagi berminat dengan kerja tersebut. Cuma rasa kosong. Tiada lagi excitement. Tidak happy tetapi bukan juga sedih kemurungan.
Perasaan itu berada di tengah-tengah. Tidak se-teruja dahulu, tetapi tidak juga terus meninggalkan kerja tersebut. Walaupun kadangkala rasa malas, tetapi tanggungjawab dan tugasan masih dilaksanakan (dengan separuh hati).
Ketika ini, hidup ada kalanya terasa tiada erti; sekadar bekerja untuk mendapatkan pendapatan, membayar komitmen keluarga dan sekali-sekala bercuti.
Kesannya, kita cuba mencari keseronokan, excitement & feeling good melalui cheap dopamine. Seperti dari social media dan permainan video yang membekalkan dopamine booster secara mudah dan cepat. Menonton video pendek di tiktok atau instagram memberikan rasa keseronokan pantas, sehingga akhirnya seringkali berjam-jam dihabiskan menghadap telefon pintar. Apabila kembali ke dunia realiti, masalah ‘languishing’ masih ada, tidak hilang dengan cara kita mengalihkan fokus.
Pengurusan languishing bermula dengan memberikan nama kepada emosi ini. Meletakkan diri pada posisi yang tepat adalah langkah pertama untuk keluar dari belenggu kelesuan.
Buku ini sesuai buat mereka yang::
Hilang motivasi, tak lagi rasa excited buat kerja hidup rasa stagnant. Sebelum ini, kita adalah seorang yang passion dengan kerja yang kita lakukan, akan berika yang terbaik. Tetapi atas beberapa sebab, kita hilang minat & fokus terhadap perkara tersebut.
Rasa kosong. Tak happy tapi bukan sedih sangat, tak tenang tapi bukanlah murung (depress), rasa marah (khususnya pada diri sendiri) tapi bukan sampai nak mengamuk. Berada di tengah-tengah. Buat kerja dalam keadaan terpaksa kerana mempunyai komitmen (motivasi terbesar).
Sedar diri sedang berada dalam keadaan languishing (walaupun tak tahu istilahnya) kerana terjerat dalam kehidupan tidak produktif (doomscrolling social media, games etc) yang berpanjangan. Berusaha mencari jalan keluar dari masalah tersebut.