• iman-publication-buku-adik-beradik-gaza-resipi-istimewa-ramallah-dicuri-100930-38515849396377
  • iman-publication-buku-adik-beradik-gaza-resipi-istimewa-ramallah-dicuri-100930-38515849429145
1

Adik-beradik Gaza: Resipi Istimewa Ramallah Dicuri!

Regular price
RM 10.80
Sale price
RM 10.80
Regular price
RM 12.00

Penulis: IF Moses & Arsyari Adnan & Zyll Fathe
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbit: 2024
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre: Komik
ISBN: 9786297665092
Ketebalan: 112 m/s
Format: Kulit lembut

Sinopsis:

“Kau curi resipi keluarga kami!”  

 “Haha! Jika mahukan balik, kita bertanding untuk tengok siapa yang lebih hebat!”  

*** 

Ramallah sudah lama bercita-cita untuk membuka kedai bakeri sendiri. Hasil masakannya yang begitu sedap sering kali menjadi bualan orang ramai. 

Hal ini telah menarik perhatian seorang pengkritik makanan yang langsung menawarkan diri untuk membantu Ramallah menyiarkan resipi makanannya ke seluruh Palestin. Ramallah teruja dan tanpa berfikir panjang, terus bersetuju!

Namun siapa sangka, pemuda ini rupa-rupanya mempunyai agenda tersembunyi yang jahat.  

“Aku nampak masakan kembar kau ada potensi, tapi dia penakut! Jadi aku ‘tolong’ pasarkan dan kembangkan ke seluruh Palestin. Lebih baik daripada terperap di kampung sahaja, kan?”

Mampukah Ramallah memenangi kembali resipi turun-temurun keluarganya?